Selasa, 26 Mei 2009

Ikhlas dariku...

Assalamualaikum...

Terlebih dahulu Anis nak ucap Syukur kepada Allah kerana dengan izinNya album yang selama ini menjadi impian telah menjadi kenyataan. Buat mak, abah, abang2, rakan-rakan dan sanak saudara, Anis nak ucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan padu dari kalian. Pak Engku, Abg Lann dan Abg Mazlee (Niteman), Thank you so much...

Dan buat Biduanita pujaan Anis, Puan Sri Saloma, Anis terlalu menyanjungi dan ingin menjadi seperti beliau walaupun Anis tau yang ianya pasti tak mungkin. Usia Anis memang muda tapi rasanya ini bukan penghalang untuk meminai Puan Sri Saloma... Anis jadi terpegun setiapkali mendengar suara Puan Sri...moga Tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya, Amin.

Akhir sekali, buat kakak-kakak, abang-abang di media massa dan elektronik... percayalah Anis tahu Anis terlalu mentah untuk bersaing... tapi dengan sokongan dan dorongan dari kalian, Anis percaya segala tidak mustahil. Tegur dan bimbing Anis sekiranya ada yang tidak kena. Insya Allah Anis akan cuba memberi yang terbaik demi memartabatkan industri muzik tempatan.

Sekian, Wassalam....

Anis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan